C'est Le Mien
The Only Exception
entry paling terpanjang kott =,="
Tuesday, March 15, 2011 | 6:07 AM | 4 comments
*ehsan tumblr



assalamualaikum :)

ekceli dari aritu aku nak update blog ni ,
macam-macam cite aku nak story ,
sebab ada macam-macam isu yang trjadi .
ewah , cam pantun pulakk :)
ahh,, abaikan .

antara isu tersebut ialah

*isu pasir
*reunion mummy
*hangout bersama rakan-rakan


ok , aku cite satu persatu ehh :)

************************************



ISU PASIR



oraitt ,,
cerita pasal isu pasir ni ,
ada satu hari tu ,
aishh ,, ta ingat la hari apa =,="
meja semua batch form 5 sekolah aku ,
kena tabur pasir .
form 5 sekolah tu ada 3 jea ,
so tiga-tiga tu kena tabur pasir .
dengan meja cekgu sekali kena .
then masa semua kena berkumpul kat bawah ,
En Mokhtar seboleh-boleh nak salahkan budak perempuan .
eh , hello ,
budak pompuan takde masa la nak angkut pasir tabur kat kelas-kelas .
kau ingat dah takde keja lain ke ?

last-last kantoi budak lelaki batch sendiri yang buat .
kau percaya sangat cakap orang kepercayaan kau tu kan ,
semua yang berpangkat tinggi ,
ketua asrama, ketua pengawas , penolong ketua asrama ,
dah la nak tuduh budak bawah ,
aishh,, fitnah tuu , dosa besarr !

motif : nak suruh budak popuan bersatu .
ouhh,, mean nak kena jalan ke surau satu batch ,
nak ke DM pun satu batch,
maybe ke tandas pun satu batch kot .

memang la kitorang ni nampak macam tak rapat .
konon berpuak-puak .
tapi kalau satu geng ada masalah ,
geng lain pun tolong apa .
macam la korang tu unite sangat =,="

aku bukan nak carik gaduh lagi .
tapi memang korang punya perbuatan tu tak matured langsung .
tak melambangkan yang korang tu dah form 5 .
buat malu je ngan adik-adik =,="
tak puas hati sikit sabotaj ,
orang lain kali cakap ar depan-depan ,
tak gentle langsung .
then korang nak cakap mulut pompuan ni jahat , bisa sangat .
abis mulut korang tu baik sangat ke ?
cermin la dulu diri tu .
jangan ingat kau ada jawatan tinggi konon , then ko boleh buat apa yang korang suka .
adoiyay !

kang cakap lebih-lebih ko marah .
*memang lebih ponn
kang meja aku pulak kena terbalik la , kena simbah cat merah la ,
dah macam berhutang ngan Ah Long je .
apa pun ko pikir la sendiri .
pikirkan keredaan cikgu & batch sendiri .
jangan ingat semua dah maafkan kau ehh .
kau nak SPM tahun ni .
renung2kan dan selamat beramal .

***********************************


ISU REUNION MUMMY



tarikh : 12 Mac 2011
tempat : Restoran Puteri , Damansara .
hidangan makanan : Buffet , (bole laaa )

yang ni pulak nak cite pasal mak aku punya reunion .
wahh,, sangat happy muka beliau dapat jumpa teman lama .
yelakan , dah dekat 30 tahun tak jumpa ,
then bila dapat jumpa macam-macam citer keluar .
aku tak taula time aku nanti macam mana ,
yelakann ,
budak laki ngan pompuan bukannya ngam sangat .
tapi tak tau la masa depan nanti macam mana .

dah la dapat jumpa uncle Zainal Alam Kadir .
ala,, pengacara tv tu .
gila talkative dia nii .
time nak amik gamba je mesti mulut ntah apa-apa gaya .
sebab dah banyak cakap sangat .
memang layak pon jadik pengacara tu .
aku nak upload gamba .
tapi,
keadaan internet yang tenat sangat tidak mengizinkan :(
gila lembap !
nak upload satu profile pic pon terhegeh-hegeh .

anyway , memang happening la tengok diaorang .
makanan pulak kat restoran tu bole tahan la
takde la teruk sangat , takde la sedap sangat .
bolehla,,

lepas reunion mummy tu ,
kitorang sambung untuk holiday kat The Zon .
pergi Bukit Tinggi .
tempat yang gila teringin nak pergi .
finally dapat jugak :)
Alhamdulillah .

*****************************

ISU HANGOUT BERSAMA KAWAN :)



masa kat sekolah aritu ,
aku ngan geng aku dah decide ,
nak kuar jenjalan 15 Mac ,
aku pun setuju since dorang cakap nak kuar sama-sama sebelum SPM .
sebab aku ni bukan jenis yang suka kuar rumah pun .
kalau ya pun p ngan family .
bukan apa , jimat sikit duit .
tapi dah dorang cakap cenggitu aku pun setuju je la ,
bukan selalu pun .

bila tiba hari ni ,
dengan harapan enam-enam kitorang dapat turun bandar .
tapi sedih gilaa beb ,
3 orang je yang dapat pegi .
adoi !
plan gila beria .
last-last tak jadi jugak .
tu la antara sebab aku malas nak turun ngan kengkawan .
bukan aku selfish ,
bukan sombong .
no .. no ..
tapi cam ni la dia.
bukan jadik apa pun .

tapi x pela ,
nasib baik best jugakk .
even ada yang menyakitkan + x memuaskan hati .
tu lantak kau la =,="
memang rasa tobat je taknak pegi lagi .
ouhh,,
jangan terkejut ehh ,
aku memang jenis yang bukan kaki rayap .
tak macam korang yang suka lepak sana-sini ,
rayau sana-sini .
baik aku dok umah on9 .
lantak kau la nak cakap aku ni katak bawah meja ke ,
kuno ke ,
asalkan aku bahgie hendaknye .

well,, cuti ni macam cepat sangat nak pergi .
penat study kat skolah pun tak habis lagi =,="
adoihh


tapi citer kat sini pun sedih jugakk sebab tak dapat nak upload pic .
line internet , boleh x kau jangan jadik tortoise ?
slow but not steady ,
aisehh .
memang saja nak dengki aku la kan.
time cuti je , line slow ,
time cuti je ,
takde line .
saja nak suh aku study lebey !
*Err,, x study jugakk=,="

memandangkan mata semakin layu+kuyu ,
setakat ni la entry ni aku mampu meraban .
lain hari kalau aku rajin ,
klau line mengijinkan ,
akan ku coretkan lagi .
cheeewahhh :D

ADIOZ ! :)










Older Post | Newer Post