C'est Le Mien
The Only Exception
Korang nak sambung belajar kat mana ?
Wednesday, April 18, 2012 | 7:30 AM | 0 comments


Assalamualaikum . hai everybody . Motif gambar ni saja nak tunjuk hasil ternakan mak aku sepanjang aku menganggur . Hoho makin bambam pipi I nokkksss ! Tak taulah bila boleh kurangkan nafsu makan yang macam nafsu kuda tu ==' Okay abaikan apa yang aku repek ni . almaklumlah dah lama tak update blog ni . Macam biasa , banyak cerita yang nak dikongsikan , tapi kemalasan tangan nak menaip menyebabkan cerita yang nak dikongsi tu terkubur begitu saja =='

Okay sekarang tengah tunggu keputusan UPU , ke mana hala tuju aku lepas ni . Entah kat mana lah diorang campak aku ye . dalam borang UPU tu , 7/8 aku pilih UiTM . Sebab memang course yang aku nak tu ada kat UiTM je . Yang IPTS tu ada lah kot . tapi kalau boleh memang nak masuk ipta . lebih murah berbanding kat ipts kan . Tapi kalau boleh taknak lah kat segamat je , sebab aku suka melaka ;) tapi kalau dapat UiTM segamat , agak jimatlah , sebab lebih kurang 5 minit je dari rumah aku =='

ni pilihan kat UPU , harap2 dapat yg first three ni :)

  1. Dip . Sains Kuantitatif
  2. Dip . Sains Aktuari
  3. Dip . Statistik
  4. Dip . Teknologi Perakaunan
  5. Dip . Sistem pengurusan Maklumat
  6. Dip . Sains (matematik)
  7. Dip . Fisioterapi
  8. Dip . Pemulihan carakerja

See , yang ada kaitan dengan subjek2 sains aku letak kat bawah sekali . memang aku tak minat dan tak berharap pun . Mostly pasal matematik . Tapi aku berharap sangat dapat Sains kuantitatif , and harap sangat dapat kat melaka . At least kalau kat melaka tu takdelah sekangkang kera sangat . suam-suam kuku je pun jauhnya .kaorang pun doakanlah aku ye

p/s : tinggalkan jejak korang kat CHITCHOT ye , just tekan chipsmore kat tepi ni ;)

Older Post | Newer Post